Friday, May 23, 2014

Homestay Teratak Kasih Hajari ♡ Hasmah

Assalamualaikum

Untuk makluman harga promosi telah tamat. Sewa Teratak Kasih kini adalah RM 120 semalam. Deposit RM 50 diperlukan untuk setiap hari yang ditempah. Maklumat lanjut boleh di dapati di laman

Facebook Homestay Jengka Teratak Kasih Hajari Hasmah

Sila ke laman facebook ye. Terima kasih.

Sunday, November 17, 2013

Teratak Kasih Makin Berseri

Assalamualaikum semua,

Berita gembira,  kali ni Teratak Kasih Hajari ♡Hasmah makin berseri bila bunga bunga bonda Hasmah mula disusun di keliling teratak. Adinda Umi juga sudah meletakkan kerusi dan meja untuk bersantai di luar teratak....

Teratak Kasih mula menerima pengunjung pertama YM Raja Saadiah pada 25 Okt. 2013...thanks YM sekeluarga ye.
Pada hari ini Cik Amirah dan kawan kawan sedang beradu. Esok ada konvo katanya...tahniah kami ucapkan ye...

Sehingga hari ini teratak ini telah ditempah pada:
18 Nov
22 Nov
23 Nov
30 Nov
1 Dis

Maaf dipohon kepada yg cuba menempah 3 hari sekaligus...pada 17 hingga 19 Nov...kami tidak dapat memenuhinya kerana telah dibooking org lain. Kalau awal sikit je...mungkin berjaya...

Dijemput tuan puan untuk menginap di Teratak Kasih di masa akan datang ye...kami menanti ♡♥♡♥♡♥

Wednesday, October 16, 2013

Promosi Pembukaan Teratak Kasih Hajari♡Hasmah

Homestay "Teratak Kasih Hajari ♡ Hasmah" kini dibuka di Felda Semarak Jengka 15 Bandar Jengka Pahang.

Sesuai untuk penginapan ketika kenduri kahwin, menghantar dan melawat anak di UITM, meneroka Gunung Senyum atau bersantai menikmati suasana kampung Felda.

Homestay setingkat 3 bilik. Bilik dilengkapi katil queen (2) dan katil single (1). Setiap bilik, ruang tamu dan dapur mempunyai kipas syiling. Ruang tamu ada TV dan kerusi rehat.

Dapur dilengkapi peti ais, dapur gas, periuk nasi dan teko eletrik, pinggan mangkuk dan peralatan memasak seperti kuali dan periuk.

Jika tiba musim buah buahan anda boleh menikmati rambutan, manggis, langsat, macang dan durian.


RM 120 satu malam. Sila hubungi Fatimah Hanum 012 3221246 atau Umi Norijah 012 6529288 untuk maklumat lanjut.